
Pasukan Karate Labuan telah menyertai Kejohanan 2nd KOI Asian Regional Karate Championship 2008 pada 19-21 Disember 2008 bertempat di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan Karate Labuan telah menghantar seramai 6 orang atlet yang telah disertai sebanyak 52 pasukan dari 20 buah negara Asia.
Mereka memperolehi 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa, menerusi acara Individu Kata lelaki bawah 11 tahun (Mohd Norfarhan Nordin) dan 2 gangsa masing-masing menerusi acara Individu Kata Lelaki bawah 7 tahun (Mohd Aqmal Asmadie) dan Team Kata Perempuan 15 tahun (Syarulniza A.Jamil,Nini Erfani Kasman dan Christina Edris). 

No comments:
Post a Comment