Kejohanan ini telah berlansung pada 19 Julai 2009-28 Julai 2009 bertempat di StadiumPerpaduan (The Sarawak Indoor Stadium) Kuching Sarawak, Malaysia. Seramai 6 orang peserta telah menyertai kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini dimana mereka telah mengikuti International Training Camp selama 4 hari sebelum kejohanan berlangsung.Antara mereka ialah Mohd Norfarhan Nordin, Muhammad Aqmal Asmadie, Mohd Syazwan Jamain, Nini Erfani Kasman, Syarulniza Abd Jamil & Christina Edris. Mereka diiringi oleh Sensei Aswadee Taba selaku Jurulatih. Kejohanan ini juga telah disertai oleh lebih dari 30 buah negara dengan 725 orang peserta. Pasukan Karate labuan telah berjaya membawa pulang 1 Emas, 1 Perak & 3 Gangsa pada kejohanan tersebut.
MOHD SYAZWAN JAMAIN - Individu Kumite 13thn (Emas)
MUHAMMAD AQMAL ASMADIE
- memenangi pingat PERAK dalam acara Ind Kata 8-9Thn
MOHD NORFARHAN NORDIN
-ketika penyampaian hadiah bagi acara Ind Kumite 11thn - GANGSA
No comments:
Post a Comment